suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima penyamun ditembak mati di Putra Heights

Lokasi kejadian selepas insiden tembak-menembak di Putra Heights. -Foto NSTP

LIMA penjenayah bersenjata api ditembak mati oleh polis dalam kejadian tembak-menembak di Putra Heights, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut sumber, kelima-lima suspek mempunyai kaitan dengan sekurang-kurangnya 50 kes samun di sekitar Lembang Klang.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 11.30 pagi pada Jumaat (29 Mac), difahamkan dua pistol turut dirampas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Kami akan membuat satu sidang media dalam masa terdekat untuk berkongsikan maklumat lanjut mengenai perkara ini," ujarnya ringkas.

Diafahamkan ketika kejadian, sepasukan polis mengesan sebuah kenderaan mencurigakan sebelum mengarahkannya untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan.

Bagaimanapun, kesemua suspek tidak mengendahkan arahan diberikan dan bertindak melarikan diri ketika dikepung sebelum melepaskan beberapa das tembakan serta merempuh bahagian belakang kenderaan polis. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain