suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

5 pelajar asrama ditahan kes buli junior... Mangsa cedera di dada, perut, kemaluan

Lima pelajar ditahan bagi membantu siasatan. -Gambar hisan FAIHAN GHANI/The Star

LIMA pelajar di sebuah sekolah asrama di Mukah, Sarawak, ditahan kerana didakwa membuli seorang pelajar.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata lima pelajar Tingkatan Lima itu didakwa menyerang mangsa sebanyak dua kali sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Menurutnya, kejadian pertama didakwa berlaku di asrama lelaki itu kira-kira pukul 9.30 malam Isnin lalu apabila suspek menuduh mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan Dua, kerana menghilangkan seluar mereka selepas dibasuh mangsa.

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada dan belakang badan," katanya.

Kejadian kedua pula didakwa berlaku pada keesokan harinya pada pukul 9.30 malam, di lokasi sama.

"Kali ini, mangsa cedera parah di bahagian dada, perut dan kemaluan. Mangsa telah dihantar ke Hospital Bintulu untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut," kata Muhamad Rizal.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 (ugutan jenayah), Seksyen 377CA (mencabul kehormatan) dan Seksyen 323 (menyebabkan kecederaan secara sukarela) Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini yang boleh menimbulkan kegusaran awam. - The Star

Artikel Lain