suria

Tak senonoh! Polis siasat foto wanita selamba tayang payudara, punggung di tempat awam

Seorang wanita dirakam berkelakuan tidak senonoh di Jalan Gaya Street.

KECOH sejak semalam di media sosial selepas beberapa keping foto memaparkan seorang wanita berkelakuan tidak senonoh termasuk menunjukkan payudara serta punggung di tempat awam, menjadi tular.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya kini sedang menyiasat perkara tersebut.

Tambahnya, pihaknya mengesan empat keping gambar wanita itu yang dikatakan berlaku di Jalan Gaya Street pada pukul 5.20 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis nafi gambar tidak senonoh pengunjung pantai berlaku di Port Dickson

"Dua keping gambar dirakam pada waktu malam memaparkan seorang wanita menunjukkan payudara serta punggungnya, manakala dua keping gambar lagi yang dirakam waktu siang memaparkan wanita itu berpakaian dalam di Jalan Gaya.

"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohd. Zaidi memohon kerjasama orang ramai yang mengenali individu itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Hatin Amera Mohd Khir di talian 011-12939436.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain