suria

Dijemput rakan sekolah ke sebuah rumah, pelajar perempuan akhirnya dirogol beramai-ramai... Polis berkas 6 remaja lelaki bantu siasatan

Kebanyakan mangsa rogol berdepan trauma dalam hidup mereka. -Gambar hiasan

POLIS menahan enam remaja lelaki bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di Hutan Melintang, Perak.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, ibu mangsa membuat laporan pada Selasa (17 Oktober) kira-kira pukul 8.30 malam, selepas dimaklumkan oleh pihak sekolah.

Ujarnya, kejadian dipercayai berlaku pada 24 September lalu, kira-kira pukul 2.30 pagi di sebuah rumah di Hutan Melintang.

"Mangsa dijemput seorang rakan sekolah yang dikenalinya dan dibawa ke sebuah rumah di Hutan Melintang.

"Semasa tiba di tempat kejadian, terdapat beberapa remaja lelaki yang dikenalinya sedang berehat di rumah itu.

"Dia didakwa diajak melakukan hubungan secara bergilir oleh lima remaja, kecuali lelaki yang membawanya ke rumah terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Tonton TV bersama, pitam selepas diberi puding! Pelajar tingkatan 3 dakwa dirogol sepupu, takut nak beritahu mak ayah

Ahmad Adnan berkata berdasarkan maklumat yang diterima pada Rabu (18 Oktober), pihaknya menahan keenam-enam remaja terbabit di mana lima daripada suspek belajar di sekolah yang sama dengan mangsa.

Salah seorang daripada suspek yang berusia 17 tahun, telah berhenti sekolah, tambahnya.

"Semua suspek direman sehingga esok (20 Oktober).

"Memandangkan mangsa di bawah umur, polis akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana merogol beramai-ramai," katanya.

Ahmad Adnan juga berkata kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut. -THE STAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain