suria

Rupanya ex-BF, polis buru lelaki didakwa tampar awek dalam kereta

Tangkap layar video menunjukkan seorang lelaki menampar wanita di dalam kereta.

INSIDEN yang membabitkan rakaman tular seorang wanita dibelasah lelaki yang didakwa teman lelakinya, dipercayai berpunca daripada salah faham.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir selepas pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi 22 saat mengenai kejadian itu.

"Siasatan awal yang dijalankan mendapati kejadian itu berlaku kira-kira 6 petang, Isnin lalu.

"Pengadu berusia 21 tahun mendakwa ditampar oleh bekas teman lelakinya yang berusia 22 tahun akibat perselisihan faham," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dayus, lelaki didakwa pelajar U belasah awek dalam kereta! Tak peduli mangsa meronta, meraung - “Sabarlah, I tak lempang you lagi”

Susulan kejadian itu, beliau berkata, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mengenali suspek atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Nor Adiba Mohamad Nordin di talian 012-8819215.

"Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," katanya.

Terdahulu, menerusi rakaman video tersebut, wanita itu dilihat ditampar lelaki berkenaan berkali-kali.

Dengan kedua-dua tangannya dipegang, wanita malang itu hanya mampu meraung.

I tak nak kahwin dengan orang macam you,” kata wanita berkenaan.

Wanita berkenaan turut merayu supaya lelaki itu melepaskannya dan menghantarnya pulang, namun tidak diendahkan.

“Sabarlah, I tak lempang you lagi. Sini I lempang you,” ujar pemuda itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain