suria

Tonton TV bersama, pitam selepas diberi puding! Pelajar tingkatan 3 dakwa dirogol sepupu, takut nak beritahu mak ayah

Kebanyakan mangsa rogol berdepan trauma dalam hidup mereka. -Gambar hiasan

PADA usia 15 tahun, remaja perempuan ini sepatutnya fokus terhadap pelajaran dan menjalani kehidupan normal seperti rakan seusianya.

Namun, dia terpaksa hidup dalam keresahan selepas mendakwa dirogol oleh sepupunya sendiri sehingga mengandung.

Menerusi perkongsian tular di laman X, pengadu yang tidak mendedahkan identitinya itu mendakwa dirogol sepupunya yang berusia 20 tahun ketika dia bermalam di rumah ibu saudaranya.

1743697

Wanita sering menjadi sasaran jenayah seksual. -Gambar hiasan

"Hi semua. Saya 15 (tahun) dan saya mengandung. Ceritanya begini. Suatu hari, ibu bapa saya ke luar negara dan saya menetap bersama ibu saudara selama tiga hari.

"Ibu saudara ada dua anak lelaki. Seorang sekelas dengan saya, seorang lagi umur 20 tahun. Pada malam terakhir, kami makan bersama dan tonton televisyen. Selepas dua jam, kami kepenatan.

"Dia (sepupu) pergi ke dapur dan bawa puding. Saya tak tahu apa dalam puding itu. Saya rasa pening dan tak boleh kawal diri. Saya pitam tapi boleh rasa pergerakan pada tubuh," dakwa gadis berkenaan.

Saya tahu saya sepatutnya mengadu pada orang dewasa yang boleh dipercayai. Tapi saya tak rapat dengan ibu bapa saya.

PENGADU

Tambah pengadu, dia buntu untuk bercerita tentang kejadian itu kepada ibu bapanya memandangkan hubungan mereka yang tidak begitu rapat.

"Saya tahu saya sepatutnya mengadu pada orang dewasa yang boleh dipercayai. Tapi saya tak rapat dengan ibu bapa saya. Saya juga takut untuk bercerita dengan ibu saudara atau sesiapa saja.

"Saya takut disalahkan kerana tidak tahu dan tidak faham apa yang berlaku dan menghentikan kejadian itu. Ketika kejadian, saya pakai baju lengan panjang dan seluar track.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenal sehari dah 'dating' tepi pantai... Remaja perempuan akhirnya dirogol dua Rohingya, dijumpai merayau di taman permainan

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis 12 tahun bergilir dirogol 3 lelaki dewasa, termakan 'umpan' di media sosial

"Saya minta maaf semua. Apa saya patut buat," soal pengadu lagi menerusi luahan di laman X pada Sabtu.

Perkongsian gadis berkenaan menerima pelbagai maklum balas netizen yang bersimpati dengan nasib malangnya.

Pada masa sama, netizen memberi saranan kepada gadis itu agar membuat laporan polis bagi mendapatkan keadilan sewajarnya.

"Ini kes rogol. Pergi ke balai polis terdekat dan buat laporan.

2214012

Mangsa rogol perlu membuat laporan polis supaya pelaku dapat ditangkap dan diberi hukuman setimpal. -Gambar hiasan

"Maklumkan ibu bapa. Kemudian buat laporan polis agar pelaku ditangkap. Tak kisahlah saudara atau bukan.

"Ya Allah kesiannya budak ni. Sungguh la ahli keluarga sendiri pun tak boleh percaya sekarang," tulis beberapa individu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!