suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis nafi gambar tidak senonoh pengunjung pantai berlaku di Port Dickson

Gambar tular pengunjung berkelakuan tidak senonoh yang didakwa berlaku di Port Dickson.

PORT DICKSON: Polis menafikan kesahihan gambar tular yang memaparkan aktiviti dan kelakuan tidak senonoh sekumpulan pengunjung didakwa berlaku di pantai Batu 9 di sini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Aidi Sham Mohamed, sebaliknya berkata gambar itu adalah kejadian berlaku di pantai Pulau Pinang beberapa tahun lepas.

“Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson setakat ini tidak menerima apa-apa aduan daripada NGO (badan bukan kerajaan) atau orang awam berkaitan kejadian tersebut.

“Pihak kami mengalu-alukan kepada orang ramai tampil ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan sekiranya kejadian seumpama itu berlaku di daerah Port Dickson,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau seterusnya menasihati orang ramai agar tidak menggunakan media sosial bagi menyebarkan perkara tidak benar kerana ia boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat. - Bernama

Port Dickson

Artikel Lain