suria

Jangan terus berharap… Ahmad Maslan tegaskan tiada lagi pengeluaran KWSP

Pengeluaran KWSP berkemungkinan besar tidak akan lagi diteruskan. Foto: The Star

SEJUMLAH dana bernilai RM145 bilion dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh 1.8 bilion pencarum ketika pandemik Covid-19 melanda negara, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

"Ini sebabnya mengapa kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk membenarkan sebarang pengeluaran KWSP dalam masa terdekat ini," kata Ahmad Maslan dalam sidang media di Parlimen pada Khamis.

Angka pengeluaran itu terdiri daripada RM20.8 bilion oleh 5.3 juta pencarum di bawah program i-Lestari, RM58.7 bilion oleh 6.6 juta pencarum di bawah i-sinar, RM21.4 bilion oleh 5.2 juta pencarum di bawah i-Citra dan RM44.6 bilion dari 6.6 juta pencarum di bawah program pengeluaran KWSP tahun lalu.

Menurut Ahmad Maslan, median simpanan dalam akaun KWSP untuk semua rakyat Malaysia berada pada RM8,100, berkurang sebanyak 50 peratus daripada RM16,000 pada tahun 2019.

Kira-kira 6.7 juta pencarum atau 51.5 peratus daripada keseluruhan 13.1 juta pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang dari RM10,000.

Pada tahun 2020, terdapat 4.7 juta pencarum dengan simpanan kurang daripada RM10,000.

"Kumpulan pendapatan isi rumah B40 dan M40 adalah yang paling terkesan, jurang yang semakin melebar dari kumpulan T20," kata Ahmad.

Ahmad juga menyatakan jurang penyimpanan di antara kaum juga semakin melebar apabila penyimpanan Bumiputera yang berumur 55 tahun ke bawah berada pada RM4,900.

Tiga kali kurang jika dibandingkan dengan penyimpanan median sebanyak RM15,500 pada April tahun 2020.

"Kalau mengikut kaum, median simpanan kaum Melayu melibatkan tujuh juta ahli, daripada April 2020 iaitu sebanyak RM16.9 ribu, sekarang hanya RM5.5 ribu sahaja," kata Ahmad.

Ahmad menyatakan terdapat beberapa cadangan untuk menaikkan pelan caruman sukarela KWSP yang sekarang ini ditetapkan pada RM60,000 setahun.

"Pengumuman selanjutnya akan dibuat apabila Bajet 2023 dibentangkan pada 24 Februari," kata Ahmad.

Pada 15 Februari, Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan pengeluaran KWSP bersasar one-off kepada mereka yang terbeban dari segi kewangan. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain