suria

MSUMC, FAS jalin kerjasama teroka bidang perubatan, sains sukan

Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj (dua dari kiri) dan Mohd Shukri Ab Yajid (dua dari kanan) pada majlis pemeteraian MoU.

PUSAT Perubatan Management and Science University (MSUMC) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi membentuk jaringan kerjasama dan kolaboratif pintar dalam bidang perubatan serta pemulihan kesihatan.

Majlis tandatangan MoU di Dewan Canselor, MSUMC itu dihadiri oleh Presiden FAS, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Turut hadir menyaksikan majlis pemeteraian itu ialah Pengasas dan Presiden MSUMC, Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid; Setiausaha Agung FAS Muhammad Izrin Nabil; Ketua Pegawai Eksekutif MSUMC Zahri Abd Ghani; Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon; Pengarah Perubatan MSUMC Profesor Dr Badrisyah Idris serta Pengurus Selangor MAC Mimi Afzan Afza.

Pemeteraian MoU ini akan dapat menyalurkan ilmu kepakaran bagi memantapkan aspek kesihatan dan kecergasan para pemain.

Pemeteraian MoU ini akan membolehkan FAS melalui Selangor MAC memainkan peranan penting dalam aspek pembangunan pasukan futsal MSUMC yang bakal menyertai Liga Super Futsal insititut pengajian tinggi (IPT) 2023 khususnya dalam penggunaan fasiliti, latihan serta perkongsian kepakaran.

MoU berkenaan secara khususnya melibatkan penajaan MSUMC bernilai RM200,000 ke atas pasukan futsal negeri Selangor, MAC yang terlibat dalam Malaysian Premier Futsal League (MPFL 2023).

Jalinan kerjasama ini merupakan usaha penting dalam meningkatkan prestasi dan pembangunan pasukan futsal MAC Selangor di mana MSUMC dapat menyalurkan ilmu kepakaran bagi memastikan aspek kesihatan dan kecergasan para pemain berada pada tahap optimum.

Kerjasama ini akan membolehkan perkongsian kepakaran bidang sains sukan dan perubatan sukan.

Bidang kerjasama tersebut antaranya melibatkan aspek pemeriksaan kesihatan kepada semua pemain dan pengurusan pasukan, konsultasi perubatan dan pemulihan, perkhidmatan ambulans melibatkan perlawanan home Malaysia Premier Futsal (MPFL) dan Malaysia Cup 2023 (MC).

Tidak terkecuali juga sokongan pegawai perubatan, konsultasi dan rawatan pergigian, penggunaan pusat fisioterapi serta sokongan bagi pemain dan staf FAS untuk menyambung pendidikan lanjutan mereka sama ada di peringkat pasca siswazah dan pra-siswazah di MSUMC.

Dengan prasarana yang lengkap, ia membolehkan FAS membentuk pasukan futsal yang berdaya saing di peringkat serantau.

Kerjasama dengan FAS ini juga menyaksikan MSUMC melalui International Medical School (IMS), Faculty Health and Life Sciences (FHLS) dan School of Education and Social Sciences (SESS) akan berkongsi kepakaran dalam bidang sains sukan, perubatan sukan, pengurusan hiburan dan rekreasi serta pendidikan fizikal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain