suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu e-hailing maut dihempap kereta sendiri ketika tukar minyak enjin

Seorang lelaki maut dihempap kenderaan sendiri. Foto: Redzuan Abdul Manap

SEORANG pemandu e-hailing maut dihempap kenderaan sendiri ketika sedang membaiki keretanya di lot parkir kawasan perumahan di Presint 5, Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata mangsa, Mohammad Azim Mohamad Sanusi, 29, maut ketika sedang menukar minyak enjin dan membaiki brek kanan keretanya pada Jumaat.

Menurut Asmadi, pihak polis menerima laporan daripada orang awam menyatakan seorang lelaki tersepit di bawah kenderaan dan polis tiba di lokasi kejadian pada pukul 12 tengah hari.

"Setibanya di lokasi kejadian, mayat mangsa yang berada di bawah bahagian enjin kereta jenis Perodua Bezza sudah dikeluarkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

"Mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Putrajaya untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan perubatan Hospital Putrajaya mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain