suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM buat perutusan khas petang ini, netizen mula teka-teki tarikh PRU15

Perdana Menteri akan membuat perutusan khas pukul 3 petang hari ini.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan perutusan khas pada pukul 3 petang Isnin.

Perutusan khas berkenaan dipercayai berhubung pengumuman pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pada Ahad, media melaporkan Ismail Sabri dipercayai menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk memohon pembubaran Parlimen sebelum baginda berlepas ke London.

Difahamkan satu pertemuan dengan Top 5 Umno turut berlangsung malam tadi di Kuala Lumpur.

Sementara itu di media sosial netizen mula berteka-teki tentang tarikh PRU15 akan diadakan jika benar Ismail Sabri mengumumkan mengenai pembubaran Parlimen.

"Bubar Parlimen! PRU15 akhir Oktober atau awal November 2022.

"Bubar ke, atau cakap benda lain?

"Alhamdulillah. Semoga Parlimen dibubarkan kita boleh mengundi dan pilih kerajaan yang pentingkan agama, bangsa dan negara supaya negara aman, maju dan bahagia," demikan reaksi netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia