suria

4,000 ekor ayam hangus dalam kejadian lori terbakar... Pemandu, kelindan berjaya selamatkan diri

4,000 ekor ayam hangus dalam kejadia itu

MALANG tidak berbau.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai nasib seorang pemandu serta kelindan apabila lori yang dinaiki mereka terbakar pada Sabtu.

Lebih pilu, sebanyak 4,000 ekor ayam hangus dalam kejadian itu yang berlaku di Batu Melintang, Lebuhraya Timur Barat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Bomba Mohd Adnin Ibrahim berkata, kejadian pada jam 12.15 tengah malam itu melibatkan kebakaran sebuah lori yang membawa muatan ayam hidup.

ARTIKEL BERKAITAN: Lori bawa tin sardin terbalik, lebuh raya sesak lebih 3km

"Semasa kejadian tersebut, lori itu dikatakan dalam perjalanan dari arah Perak menghala ke Jeli.

"Kebakaran tersebut melibatkan ayam dan lori sahaja, manakala pemandu serta kelindan berjaya menyelamatkan diri," katanya.

Menurut beliau, operasi menyelamat melibatkan seramai sembilan anggota termasuk pegawai.

Katanya, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan. - Sinar Harian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain