suria

Raya sakan! Penjawat awam dapat RM600 sambut Aidilfitri 2023

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 buat penjawat awam dinaikkan kepada RM600. Gambar hiasan. -AZHAR MAHFOF/The Star

BANTUAN Khas Kewangan Aidilfitri 2023 dinaikkan kepada RM600 untuk semua penjawat awam yang layak.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023, pada Jumaat.

Menurutnya, bantuan tersebut akan mula disalurkan mulai Mac 2023 bersama Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 yang berkuat kuasa Januari 2023.

Selain itu, kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700, menjadikan jumlah tambahan keseluruhan untuk penjawat awam yang layak pada 2023 adalah sebanyak RM2,500.

Untuk rekod, sebelum ini kerajaan memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 yang diberikan secara one off kepada semua penjawat awam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain