suria

Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan, berita baik untuk kumpulan pertengahan

Kadar berpendapatan cukai individu dikurangkan kepada dua peratus mulai tahun depan. Gambar hiasan

BERITA baik untuk hampir sejuta pembayar cukai!

Kerajaan mengumumkan kadar berpendapatan cukai individu dikurangkan kepada dua peratus mulai tahun depan melalui Bajet 2023.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi yang berpendapatan bulanan RM50,001 hingga RM100,000.

"Banjaran pendapatan bercukai RM50,000 hingga RM70,000 kadarnya diturunkan daripada 13 peratus kepada 11 peratus.

"Banjaran pendapatan bercukai lebih RM70,000 hingga RM100,000 kadarnya diturunkan daripada 21 peratus kepada 19 peratus," katanya sewaktu membentangkan Bajet 2023 pada Jumaat.

Sementara itu, banjaran pendapatan bercukai lebih RM250,000 hingga RM400,000 akan digabungkan dengan banjaran pendapatan lebih RM400,000 hingga RM600,000 dan dikenakan kadar cukai 25 peratus.

"Dengan layanan khas cukai pendapatan ini, penjimatan cukai kepada kumpulan pertengahan adalah sehingga RM1,000 dan untuk kumpulan teratas adalah sehingga RM250.

"Ini bermakna dianggarkan RM800 juta tersedia sebagai lebihan pendapatan yang boleh dibelanjakan oleh rakyat," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain