suria

Jasa besarkan gadis Islam dihargai, wanita Cina terima Anugerah Maulidur Rasul

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama Chee Hoi Lan semasa sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan.

TOKOH korporat Tan Sri Syed Zainal Abidin Mohd Tahir dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 1444H/2022M sempena sambutan peringkat kebangsaan kali ini.

Syed Zainal Abidin yang memegang pelbagai jawatan dalam sektor korporat dan badan bukan kerajaan diberi penghormatan atas sumbangannya dalam pelbagai bidang yang melibatkan kebajikan umat Islam.

Paling mencuri tumpuan, Ikon Ibu Sejati dianugerahkan kepada Chee Hoi Lan, seorang wanita Cina yang berjasa membesarkan seorang Muslim.

Wanita bukan Islam berusia 83 tahun itu dipilih menerima anugerah berkenaan selepas membesarkan Rohana Abdullah sebagai seorang Muslim, yang ditinggalkan oleh ibunya semasa bayi.

Rohana, yang tidak mempunyai kerakyatan, dianugerahkan kerakyatan Malaysia pada April selepas mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan anugerah itu pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan tahun ini di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur pada Ahad.

Antara yang turut menerima anugerah ikon pada sambutan hari ini ialah Hushim Salleh (Motivasi dan Kaunseling), Syazrina Azman (Aktivis Kemanusiaan), Datuk Mohd Khay Ibrahim (Korporat Islam), Ahmad Noor Sulaiman (Media Islam) dan Prof Datuk Dr Azizan Baharudin (Sains dan Tamadun). - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain