suria

Lori bawa tin sardin terbalik, lebuh raya sesak lebih 3km

Keadaan lori membawa muatan tin sardin yang terbalik di lebuh raya arah selatan di Kuala Kangsar.

KEMALANGAN membabitkan sebuah lori muatan tin sardin yang terbalik pada Rabu, mengakibatkan Lebuhraya Utara Selatan laluan arah selatan dekat Kuala Kangsar mengalami kesesakan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, lori tersebut dalam keadaan merintangi laluan dengan muatan dibawa bertaburan atas jalan.

Aliran trafik terhenti lebih 3 kilometer disebabkan kejadian kira-kira pukul 1 petang di Kilometer 265.9.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, lori terbabit dalam keadaan merintangi laluan dengan muatan dibawa bertaburan atas jalan.

"Laluan berkenaan telah ditutup sepenuhnya dan kenderaan dari arah utara telah dilencongkan keluar ke Plaza Tol Kuala Kangsar bagi kerja-kerja pengalihan dilakukan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Menurut beliau, polis telah ditempatkan di lokasi kejadian bagi membantu kawalan aliran trafik untuk mengelak kesesakan lebih teruk.

"Kenderaan telah diarah untuk menggunakan laluan alternatif dari Tol Kuala Kangsar ke Sungai Siput untuk ke Ipoh," katanya.

Twitter @Plustrafik dalam ciapannya pada 1.24 petang memberitahu, laluan kontra telah dibuka di Kilometer 267.0 hingga 265.1 arah utara bagi mengurangkan kesesakan.

Trafik masih bergerak perlahan dan pengguna diminta mematuhi papan tanda.

Sementara itu, dalam satu video berdurasi 43 saat yang dikongsi di media sosial menunjukkan ribuan tin dan isi sardin bertaburan atas jalan.

Laluan lebuh raya juga bertukar warna kemerahan apabila sebahagian besar tin sardin kemek dan pecah dilanggar kenderaan lain. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain