suria

Jurulatih penerbangan maut, pesawat ringan terhempas di Ipoh

Bomba berusaha mengeluarkan keduadua mangsa yang tersepit.

PESAWAT ringan yang terhempas di Jalan Sultan Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng di Ipoh, Perak pada Isnin mengakibatkan seorang jurulatih

penerbangan maut manakala rakannya dilaporkan terselamat.

Dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu, mangsa dikenali sebagai Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, disahkan maut di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa, Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, yang merupakan ketua jurulatih penerbangan dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, maklumat awal nahas melibatkan pesawat jenis Piper 28 yang berlepas dari Bats Aviation Sdn Bhd (BATS) berhampiran.

Bomba melakukan kerja-kerja penyelamatan.

Bomba melakukan kerja-kerja penyelamatan.

"Mereka berlepas dari sekolah penerbangan berhampiran. Mangsa yang cedera berjaya dibawa keluar kira-kira jam 9.25 malam manakala mangsa kedua dikeluarkan 10 minit kemudian.

Terdahulu, usaha mengeluarkan kedua-dua mangsa dijalankan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain