suria

mStar rangkul Anugerah Portal Gaya Hidup malam media Tourism Selangor

Hee bersama Ariff (kiri) Fuad (kanna) dalam majlis di Resort Taman Eko Rimba Komanwel pada Isnin malam.

PORTAL hiburan, gaya hidup dan berita terkini mStar berjaya meraih anugerah dalam majlis Malam Apresiasi Media Tourism Selangor 2022.

mStar yang dimiliki oleh Star Media Group, merangkul anugerah Liputan Media Portal Online Terbaik: Portal Gaya Hidup & Portal Berita (Bahasa Melayu) dalam satu majlis, Isnin malam.

Mengulas kemenangan itu, Ketua Produk mStar Mohd Fuad Mohd Noor berkata, ianya satu penghargaan buat pasukan mStar yang bertungkus lumus menyajikan kandungan digital terbaik buat pembaca khusus dalam segmen pelancongan.

“Kami melihat peningkatan bilangan paparan halaman berterusan dalam segmen pelancongan di mStar dari tahun ke tahun. Ini menunjukkan potensi untuk capaian yang lebih meluas dalam pelawat unik bagi segmen ini.

Sementara itu Penolong Pengarang mStar, Ariffuddin Ishak berkata kemenangan berkenaan merupakan satu penghargaan besar buat portal ini yang sentiasa menyokong usaha memperkenalkan produk pelancongan kepada pembaca.

Dalam masa sama ia juga menjadi pemangkin untuk terus menghasilkan kandungan terbaik pada masa akan datang.

“Kami komited dalam memaparkan pelbagai bahan menarik untuk tatapan pembaca.

“Dalam masa sama kami juga menyokong usaha Tourism Selangor dalam menggalakkan aktiviti pelancongan dalam negara khususnya Selangor,” katanya.

Anugerah itu disampaikan oleh Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian.

Majlis itu berlangsung di Resort Taman Eko Rimba Komanwel, Rawang, Selangor pada Isnin malam.

Selain pencapaian pada peringkat nasional, mStar juga turut diiktiraf pada peringkat antarabangsa apabila dianugerahkan Pingat Gangsa bagi Laman Web Gaya Hidup Terbaik Asia, Anugerah Media Digital Asia yang diadakan di Hong Kong pada 18 November 2015 anjuran World Association of Newspapers and News Publishers (WAN-Ifra).

mStar juga menerima Anugerah Spark pada 18 Ogos 2016 untuk kecemerlangan media Asia Pasifik bawah kategori ‘Acara Terbaik Oleh Pemilik Media’ yang berlangsung di Singapura.

mStar pada 22 Julai lalu turut menerima anugerah Perak bagi kategori Penerbit Digital Terbaik (Best Digital Publisher of The Year) dalam D Awards 22 anjuran Persatuan Digital Malaysia (MDA).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

TMJ beri bayangan KJ bakal jadi CEO JDT