suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selamba humban seguni sampah dalam sungai, netizen gesa pihak berkuasa cekup pemandu lori plat ‘J’

Tangkapan skrin (screenshot) gelagat seorang lelaki selamba menghumban seguni sampah ke dalam sungai.

GELAGAT seorang lelaki yang selamba membuang sampah ke dalam sungai, mengundang kecaman hebat netizen.

Video yang dirakam oleh seorang pengguna jalan raya dari dalam keretanya, memperlihatkan lelaki berkenaan mengangkat seguni sampah yang diangkut menggunakan lori dan mencampakkannya ke dalam sungai dari atas jambatan.

Malah dia selamba mengutip sisa sampah yang terjatuh daripada guni dan melontar ke dalam sungai, seolah-olah tidak mengendahkan orang sekeliling.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamba buang sampah dalam sungai, wanita naik kereta plat ‘D’ dikecam netizen

Selepas 'membuat kerja', dia kemudian masuk ke dalam lorinya dan berlalu.

Difahamkan, video berkenaan dirakam sekitar 2.00 petang Rabu, di Sungai Wak Rabun, Batu 33 Pontian, Johor.

Video berkenaan kini tular di media sosial dengan rata-rata netizen menggesa pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap pelaku tidak bertanggungjawab itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain