suria

Batal puasa berjemaah! Wajib ganti gara-gara kesilapan azan di radio

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan hukum tersalah waktu berbuka puasa

SUSULAN insiden penyampai radio menyiarkan azan Maghrib empat minit lebih awal pada hari pertama Ramadan, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil mengemukakan hukum dan penjelasan berkaitan.

Menerusi laman Instagram rasminya, beliau berkata mereka yang berbuka puasa lebih awal daripada waktu Maghrib dianggap terbatal puasanya dan perlu diganti balik selepas Ramadan.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyampai radio mohon maaf siar azan maghrib awal 4 minit

"Tidak sah dan batal puasa individu yang menyangka telah tenggelam matahari tetapi ia belum lagi tenggelam.

"Wajib diqadha' semua menurut jumhur ulama'," jelasnya.

Penyampai radio membuat permohonan maaf di Facebooknya.

Penyampai radio membuat permohonan maaf di Facebooknya.

Beliau turut menyatakan rujukan yang dibuat iaitu Nihayat al-Muhtaj (3/174), Fath al-Mu'in m.269, Mughni am-Muhtaj (2/161).

Pada 3 April iaitu hari pertama umat Islam di Malaysia berpuasa, berlaku insiden masyarakat setempat di Tawau, Sabah berbuka lebih awal daripada waktu yang ditetapkan.

Ia berikutan, penyampai radio Tawau FM, Mohd Safwan Junit menyiarkan azan Maghrib empat minit lebih awal.

Bagaimanapun, dia telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman Facebooknya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain