suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun M semakin pulih, dipindah ke wad biasa IJN - Marina

Tahap kesihatan Dr Mahathir (gambar fail) semakin pulih. foto RAJA FAISAL HISHAN/The Star

TAHAP kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semakin pulih, kata anak sulung, Datin Paduka Marina.

Marina dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, keadaan Dr Mahathir itu berdasarkan penilaian doktor pakar yang merawat bapanya.

Menurutnya, Dr Mahathir dipindahkan dari Unit Rawatan Koronari (CCU) ke wad biasa Insitut Jantung Negara (IJN), pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Selera makan Tun M bertambah baik, sempat berseloroh bersama keluarga - Marina

"Hari ini Tun Dr Mahathir dipindah keluar dari Unit Rawatan Koronari ke bilik wad biasa IJN.

"Beliau ceria dan bersemangat untuk kembali pulih sepenuhnya.

"Bagi mengelak jangkitan, kedua-dua Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tidak dibenarkan menerima pelawat di IJN ketika ini," katanya.

Marina berkata, beliau dan seluruh ahli keluarga sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan agar Dr Mahathir pulih sepenuhnya.

Pada Selasa, Dr Mahathir dilaporkan semakin berselera untuk makan, malah mula berjenaka dengan keluarga.

Terdahulu, Dr Mahathir dilaporkan dirawat di CCU IJN.

Pada 7 Januari lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenar keluar pada 13 Januari.

Pada 16 Disember tahun lalu, beliau dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut, sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain