suria

Tanah mendap di Lestari Perdana: Polis, bomba standby di lokasi

Kejadian mendapan berhampiran longkang mengakibatkan lima kenderaan pelbagai jenis mengalami kerosakan.

SITUASI di kawasan yang terjejas akibat tanah runtuh di Lestari Perdana, Seri Kembangan, kini berada dalam keadaan yang terkawal, demikian menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

"Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Petaling serta Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sudah mengambil tindakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak, tapi tak dapat buat apa-apa! Saksi cerita detik cemas tanah mendap ‘telan’ lima kereta

"Anggota bomba dan polis masih berada di lokasi kejadian sebagai langkah berjaga-jaga," kata Pengarah JBPM Selangor Norazam Khamis ketika dihubungi.

Dalam satu kejadian pada pukul 6.30 petang Selasa, lima kenderaan yang diletakkan berhampiran rumah kedai di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Seri Kembangan rosak selepas tanah mendap berlaku di kawasan berkenaan.

Susulan itu, pekerja di 17 premis komersial telah dipindahkan selepas penilaian MBSJ di kawasan itu.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden itu. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain