suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar! Dua ekor ‘anakonda’ ditemui di Terengganu

Dua ekor ular sawa batik bersaiz gergasi yang ditemui beberapa pekerja di sebuah tapak pembinaan di Kampung Gong Nangka. Foto: Twitter APM

BUKAN di luar negara, sebaliknya dua ekor ular sawa batik bersaiz gergasi ditemui di Marang, Terengganu.

Memetik ciapan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), reptilia yang masing-masing seberat 250 kilogram (kg) dan lebih 100 kg itu mengejutkan beberapa pekerja di sebuah tapak pembinaan di Kampung Gong Nangka.

ARTIKEL BERKAITAN: 16 tahun bersama, pemilik dakwa ‘Cik Kiah’ ular sawa batik peliharaan terbesar di Asia

"Ular sawa pertama seberat 250kg dan sepanjang kira-kira 5.8 meter, manakala ular kedua seberat lebih 100kg dan sepanjang 4.2 meter," demikian ciapan tersebut.

Menerusi ciapan tersebut, empat keping gambar turut dimuat naik di laman Twitter rasmi APM.

Gambar-gambar tersebut memaparkan anggota APM sedang mengeluarkan reptilia berkenaan daripada tapak pembinaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain