suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KPM pantau kadar vaksinasi, mahu elak sesi penggiliran bagi pelajar SPM

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

SIJIL Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi peperiksaan kemuncak bagi setiap pelajar sekolah menengah.

Dalam perkembangan terbaharu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang berbincang mengenai kadar vaksinasi bagi membolehkan pelajar Tingkatan Lima hadir ke sekolah tanpa penggiliran.

ARTIKEL BERKAITAN: Operasi sekolah di Lembah Klang, Melaka mulai 1 November

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Beliau turut memberitahu, pelajar Tingkatan Lima menerima suntikan vaksin Covid-19 bagi dos pertama sebanyak 97 peratus dan dos kedua 57.9 peratus.

Pada Isnin, Radzi mengadakan lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan Tengku Zainun, Tampin. - Sinar Harian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain