suria

Kes harian Covid-19 kembali menurun, 6,145 kes dilaporkan

Negara mencatatkan 6,145 kes baharu Covid-19, sedikit meningkat berbanding angka yang dicatatkan pada Sabtu iaitu 7509 kes.

NEGARA mencatatkan 6,145 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari tadi.

Angka ini dilihat menurun berbanding jumlah kes yang dicatatkan pada Sabtu iaitu sebanyak 7,509 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19 catat 7,509 kes baharu seluruh negara

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,390,687 kes kes setakat ini.

Dr Noor Hisham berkata negara merekodkan sejumlah 9,231 kes sembuh hari ini.

Pesakit yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) ketika ini adalah seramai 682 kes sementara 281 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sembilan kluster baharu dilaporkan sekaligus menjadikan jumlah kluster aktif pada ketika ini adalah 676 kluster.

Maklumat terperinci dimuat naik ke laman CovidNow.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, kes harian, KKM, Noor Hisham

Artikel Lain