suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukit Aman siasat akaun Twitter sebar senarai palsu 41 guru meninggal akibat vaksin

Polis telah menerima laporan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai berita palsu itu yang disiarkan di Twitter pada 8 Oktober.

BUKIT Aman sedang menyiasat sebuah akaun Twitter kerana didakwa menyebarkan berita palsu mengenai senarai 41 guru yang kononnya meninggal dunia akibat vaksin Covid-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, polis telah menerima laporan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai berita palsu itu yang disiarkan di Twitter pada 8 Oktober.

"Tweet itu menerima 52 retweet, 1,168 tweet petikan dan 70 tanda suka.

"Ia mendapat pelbagai maklum balas dan reaksi pengguna media sosial," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 500, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati terhadap pihak tertentu yang berusaha mengganggu program vaksinasi.

"Kami menggesa orang ramai untuk menjadi pengguna media sosial yang bertanggungjawab dan tidak menyebarkan berita atau maklumat yang tidak disahkan.

"Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang secara terang-terangan mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam," katanya. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia