suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saluran Telegram sebar video lucah, Firdaus Wong buat laporan polis difitnah

Firdaus Wong membuat laporan polis kerana difitnah berhubung penyebaran video lucah di Telegram. Foto: Facebook firdauswongwaihung

PENDAKWAH bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat laporan polis pada Sabtu berhubung dakwaan dia menyebar gambar dan video lucah melalui aplikasi Telegram.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Firdaus berkata laporan tersebut dibuat selepas dirinya dituduh sebagai pengasas dan pemilik satu saluran Telegram yang menyebarkan video berkenaan.

Pengasas Multiracial Reverted Muslim Malaysia (MRM) itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu sumpah laknat, dakwa anak kemurungan akibat gangguan seksual pendakwah terkenal

"Alhamdulilah selesai membuat laporan polis tentang fitnah yang disebarkan kononnya sayalah pengasas dan pemilik Telegram channel yang menyebarkan video serta gambar lucah. Saya menafikan fitnah tersebut!

"Saya hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja di pautan ini https://t.me/brofirdauswong dan menafikan sebarang fitnah yang mengaitkan saya dengan penyebaran sebarang video dan gambar lucah," tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, pendakwah tersebut berkata dia memaafkan mereka yang memaki, menyindir, mengejek atau menghinanya namun sama sekali tidak akan bertoleransi dengan fitnah.

"Saya sayangkan sahabat semua maka saya tidak mahu sahabat semua melakukan dosa fitnah tanpa disedari akibat perbuatan tidak bertanggungjawab mereka yang menyebarkan fitnah tersebut," tulisnya.

Firdaus baru-baru ini tampil mempertahankan hak beberapa individu yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah terkenal.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain