suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Covid-19 catat penurunan, rekod 10,915 jangkitan baharu

Kes harian Covid-19 terus mencatatkan penurunan apabila merekodkan 10,915 kes pada Sabtu.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 10,915 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu, menurun sedikit berbanding 11,889 kes pada Jumaat.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 2,268,499 kes setakat ini.

Sarawak terus merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2,121 kes diikuti Selangor (1,386), Kelantan (1,288), Johor (1,124) dan Perak (862).

ARTIKEL BERKAITAN: Angka harian kes Covid-19 kembali menurun, 11,889 kes baharu direkod

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan pada Sabtu memaklumkan, penggunaan katil Covid-19 ialah 59 peratus bagi katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 53 peratus katil bukan ICU.

Beliau berkata, sebanyak 15,396 kes sembuh hari ini dengan jumlah kes pulih sepenuhnya di negara ini kini mencecah 2,086,111 iaitu 92 peratus daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19.

Tambah Noor Hisham, sebanyak 888 kes sedang dirawat di ICU manakala 484 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, KKM, Sarawak

Artikel Lain