suria

Angka harian kes Covid-19 kembali menurun, 11,889 kes baharu direkod

SARAWAK masih kekal menjadi penyumbang tertinggi kes harian Covid-19. — Bernama

SEBANYAK 11,889 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat, menurun sedikit berbanding 12,735 kes pada Khamis.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 2,257,584 kes setakat ini.

Sarawak terus merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2,413 kes diikuti Selangor (1,568), Johor (1,217), Perak (959) dan Sabah (872).

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan menerusi kenyataannya, penggunaan katil Covid-19 ialah 66.6 peratus bagi katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 69.9 peratus katil bukan ICU.

Beliau berkata, sebanyak 15,891 kes sembuh hari ini dengan jumlah kes pulih sepenuhnya di negara ini kini mencecah 2,070,715 iaitu 91.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19.

Tambah Noor Hisham, sebanyak 904 kes sedang dirawat di ICU merangkumi 850 manakala 492 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, kes harian, Noor Hisham

Artikel Sebelum

Artikel Lain