suria

Ebit Lew, isteri dipanggil ke Bukit Aman

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dan isteri dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan kes gangguan seksual. Foto: Instagram Ebit Lew

PENDAKWAH terkenal, Ustaz Ebit Lew dipanggil polis untuk dirakam keterangan pada Jumaat.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

Menerusi satu kenyataan, Abd Jalil berkata pendakwah tersebut dipanggil bagi membantu siasatan kes gangguan seksual.

ARTIKEL BERKAITAN: Video tersebar... benarkah ada usaha jatuhkan Ebit Lew?

ARTIKEL BERKAITAN: Screenshot sembang lucah, panggilan video aksi tak sopan tersebar... sekali lagi Ebit Lew dikaitkan!

"Polis mengesahkan bahawa pendakwah tersebut dan isterinya telah dipanggil ke Bukit Aman hari ini untuk membantu siasatan," katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihati semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan, spekulasi atau provokasi kerana kes tersebut masih dalam siasatan polis.

Baru-baru ini, video dan paparan skrin mesej perbualan, didakwa antara pendakwah itu dengan seorang wanita turut tersebar di media sosial.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang lelaki mirip pendakwah berkenaan sedang melakukan aksi yang tidak sopan. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain