suria

Tiba-tiba posting Pak Long Mail cetus tanda tanya... ada masalah pintu belakang ke?

Hantaran terbaharu Ismail yang mengundang tanda tanya ramai.

HANTARAN Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di laman sosial pada Rabu, menimbulkan tanda tanya ramai.

Pada perkongsian itu, Ismail memuat naik sekeping gambar dirinya sedang menutup pintu pejabatnya.

"Saya dah tutup pintu depan tapi......." tulisnya pada hantaran tersebut dengan disertai emoji sedih.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 minggu ‘total lockdown’ mulai 1 Jun

ARTIKEL BERKAITAN: “Steady Pak Long... berkain pelikat je!” - Ismail Sabri pandu kereta pantau ‘lockdown’, siap singgah SJR jumpa frontliners

Kapsyen yang tergantung itu mengundang teka-teki warga maya, dengan rata-ratanya cuba mentafsir apakah sebenarnya yang cuba disampaikan oleh menteri berkenaan.

Meskipun tidak merujuk kepada mana-mana pihak atau situasi secara spesifik pada hantaran tersebut, namun ruangan komen 'meriah' dengan pelbagai tafsiran netizen.



Netizen membuat tafsiran di sebalik kapsyen pada hantara Ismail.

Ada di antara mereka percaya hantaran itu merujuk kepada luahannya mengenai kebenaran beroperasi kepada sebahagian besar perkhidmatan perlu dalam sektor perkilangan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Paklong Mail dengan Dr Noor Hisham berusaha bersungguh-sungguh nak total lockdown. Tapi ada menteri nak buka banyak sektor. Tu pening tu.

"Ada juga yang cuba membuka pintu belakang dengan macam-macam alasan.

"Pintu depan sudah pun Datuk Seri tutup rapi. Andai ada yang cuba memecahkan pintu belakang, dinding, mahupun atap, kita serahkan pada Yang Maha Berkuasa," demikian antara komen netizen.



Antara netizen yang memberikan kata-kata semangat kepada Ismail.

Dalam pada itu, ada juga daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat dan menzahirkan ucapan terima kasih di atas segala usaha beliau selama ini.

Kerajaan pada 28 Mei lalu memutuskan untuk menguatkuasakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun 'total lockdown' Fasa Pertama di seluruh negara.

Pelaksanaan tersebut berkuatkuasa selama dua minggu iaitu bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Sepanjang tempoh tersebut, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pada 31 Mei, kerajaan memutuskan mana-mana perniagaan yang ingin beroperasi dalam tempoh 'total lockdown' boleh mendapat pengecualian daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain