suria

“Steady Pak Long... berkain pelikat je!” - Ismail Sabri pandu kereta pantau ‘lockdown’, siap singgah SJR jumpa frontliners

Ismail melakukan tinjauan untuk melihat sendiri pematuhan rakyat terhadap pelaksanaan 'lockdown' yang bermula Selasa.

HANYA mengenakan kain pelikat, berbaju kurta dengan ditutupi sehelai jaket, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencuri tumpan netizen ketika membuat tinjauan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau 'total lockdown' yang bermula pada Selasa.

Tanpa sebarang protokol, Ismail memandu sendiri kenderaannya di sekitar ibu kota Kuala Lumpur, sebelum singgah untuk melawat petugas barisan hadapan yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR).

Memuat naik video berdurasi 39 saat itu di laman sosial dengan lagu 'Sakit' dendangan Yonnyboi bersama Zynakal sebagai latar belakang, ternyata ia meraih pujian dan maklum balas positif daripada warga maya.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 minggu ‘total lockdown’ mulai 1 Jun

"Mujur time Covid-19 serang, kita dapat pemimpin yang tabah.

"Steady Paklong berkain pelikat je keluar... mantap!



Ismail memandu sendiri ketika melakukan tinjauan di bandaraya Kuala Lumpur, pada Selasa.

"Terima kasih kerana Datuk tak pernah tinggalkan rakyat terkapai-kapai ketika negara dilanda Covid-19 malah sentiasa berusaha sebaik mungkin agar negara ini kembali seperti dulu," demikian antara komen-komen yang dilontarkan netizen.

Terdahulu, Ismail menerusi perkongsian tersebut meluahkan rasa terharu apabila rata-rata rakyat disifatkan memberi kerjasama dengan kekal di rumah, ketika negara melaksanakan 'total lockdown' bermula Selasa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya sungguh terharu. Sempat saya meronda melihat sendiri keadaan kotaraya malam tadi.

"Saya puji sikap anda semua yang memberi kerjasama untuk terus #stayhome.

Terima kasih kerana Datuk tak pernah tinggalkan rakyat terkapai-kapai ketika negara dilanda Covid-19 malah sentiasa berusaha sebaik mungkin.

NETIZEN

"Juga, berhenti singgah di SJR bertanyakan khabar kepada 'frontliner'. Insya Allah, kita fight together guys," tulisnya pada perkongsian tersebut.

Sehingga kini perkongsian di Facebook meraih 2,000 shares dengan dibanjiri ribuan komen netizen.

Kerajaan pada 28 Mei lalu memutuskan untuk menguatkuasakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun 'total lockdown' Fasa Pertama di seluruh negara.



Antara komen netizen yang memuji Ismail.

Pelaksanaan tersebut berkuatkuasa selama dua minggu iaitu bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Sepanjang tempoh tersebut, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain