suria

12 lagi korban Covid-19, 260 di ICU... Malaysia rekod 3,170 kes baharu

Malaysia rekodkan 3,170 kes baharu pada Khamis. Foto: Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 3,170 kes baharu, menjadikan keseluruhan 172,549 kes setakat Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 41,755 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 3,170 kes baharu yang dilaporkan, lapan merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala baki 3,162 kes adalah penularan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Selangor kekal catat jangkitan tertinggi... Malaysia rekod 4,008 kes baharu Covid-19,11 lagi kematian

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 576 kes, diikuti Selangor sebanyak 545 kes dan Johor sebanyak 423 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan 12 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada Khamis.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 642 kes," katanya dalam sidang media, petang Khamis.

Beliau berkata, sebanyak 2,490 kes telah pulih Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 130,152 kes.

"Sehingga kini, terdapat 260 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 103 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 16 kluster baharu dikesan pada Khamis.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Kuala Lumpur, ICU

Artikel Lain