suria

Selangor kekal catat jangkitan tertinggi... Malaysia rekod 4,008 kes baharu Covid-19, 11 lagi kematian

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 4,008 kes baharu, menjadikan keseluruhan 169,379 kes setakat Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 41,087 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, negeri Selangor pada Rabu melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,391 kes, diikuti Kuala Lumpur, 513 kes dan Johor sebanyak 470 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 3,631 kes positif Covid-19,14 lagi kematian

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 4,008 kes baharu yang dilaporkan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 11 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 630 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 2,374 kes telah pulih Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 127,662 kes.

"Sehingga kini, terdapat 246 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 96 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 16 kluster baharu dikesan pada Rabu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Sebelum

Artikel Lain