suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia catat 3,631 kes positif Covid-19, 14 lagi kematian

Malaysia merekodkan 3,631 kes positif Covid-19 pada Selasa.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 3,631 kes baharu, menjadikan keseluruhan 165,371 kes setakat Selasa.

Daripada 3,631 kes baharu yang telah dilaporkan, 3,624 merupakan kes tempatan dan selebihnya merupakan jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Tambah 6 lagi negeri! Kerajaan umum PKP di seluruh negara kecuali Sarawak bermula Jumaat

Selangor merekodkan 1,199 kes diikuti Sabah (526), Kuala Lumpur (521) dan Johor (368).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 14 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 619 kes kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 14 kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 619 kes," ujarnya.

Sehingga hari ini, 2,944 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 125,288 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 238 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 96 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain