suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Said, isteri disahkan positif Covid-19

Ahmad Said dan isteri dijangkiti Covid-19.

BEKAS Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menjadi ahli politik terbaharu yang disahkan positif Covid-19.

Selain pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu itu, isterinya Toh Puan Seri Norliza Mahmud turut disahkan positif wabak itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique positif Covid-19

Ia diumumkan menerusi laman Facebook rasmi Umno Kemaman.

Melalui catatan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu dikatakan telah mendapatkan rawatan di hospital.

"Marilah kita bersama-sama mendoakan kesihatan Datuk Seri (Ahmad Said) dan isteri kembali pulih seperti biasa," jelas kenyataan itu.

Sementara itu, Ahmad ketika dihubungi berkata, mereka berdua sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Jelasnya, mereka berdua melakukan swab test tiga hari lepas dan disahkan positif pada Selasa.

"Kami tidak menunjukkan sebarang simptom, hanya mengalami keletihan, sebelum membuat keputusan melakukan swab test," katanya.

Sementara itu, bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam catatan di Facebooknya, turut mendoakan agar Ahmad dan isterinya sembuh.

Bekas Ahli Parlimen Kemaman itu turut memaklumkan, pasangan itu disahkan positif dan mengharapkan urusan pasangan itu dipermudahkan. - Sinar Harian.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain