suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin disahkan positif Covid-19

Beliau membuat ujian Covid-19 pada Selasa dan disahkan positif pada hari Rabu.

AHLI Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menjadi ahli politik terbaharu yang diuji positif Covid-19.

Dalam catatan Facebook pada hari Rabu, ahli majlis tertinggi Umno itu dikatakan telah membuat ujian Covid-19 pada Selasa dan disahkan positif pada hari Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Said, isteri disahkan positif Covid-19

"Mereka yang mempunyai kontak rapat dengannya, lebih baik jalani saringan Covid-19," ujar pengendali laman sosial itu.

Tajuddin berada pada sidang media minggu lalu dengan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Pada hari Selasa, Nazri turut disahkan positif virus tersebut. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain