suria

Hormati keluarga, jangan buat spekulasi... Dr Ali meninggal bukan sebab terlampau penat - Dr Noor Hisham

Dr Ali Noor Hassan telah meninggal dunia pada hari Isnin malam.

KEMATIAN seorang doktor semasa bertugas bukan disebabkan oleh Covid-19 atau keletihan tetapi kerana penyakit lain, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, Dr Ali Noor Hassan telah meninggal dunia pada hari Isnin malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu penat hadapi beban kerja Covid-19, Dr Ali akhirnya ‘melalui rehat yang panjang’ - “Sungguh mulia jasamu”

“Beliau adalah pegawai perubatan Kementerian Kesihatan yang sangat disukai oleh rakan-rakannya, pesakit dan masyarakat setempat beliau.

"Harus diingat bahawa ujian Covid-19 yang dilakukan terhadap Allahyarham Dr Ali Noor adalah negatif.

"Beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada awal Disember 2020 disebabkan penyakit lain dan telah menjalani beberapa sesi rawatan," kata Dr Noor Hisham menerusi Facebook pada Rabu.

Dr Noor Hisham meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi mengenai kematian Dr Ali Noor dan menghormati ahli keluarganya.

Beliau menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Dr Ali Noor. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain