suria

Tambah 6 lagi negeri! Kerajaan umum PKP di seluruh negara kecuali Sarawak bermula Jumaat

Seluruh negara berada dalam penguatkuasaan PKP kecuali negeri Sarawak bermula Jumaat . Foto: YAP CHEE HONG.

PENULARAN Covid-19 yang tidak berkesudahan memaksa lebih banyak negeri diletakkan di bawah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis merupakan negeri terbaharu dikenakan PKP bermula 22 Januari (Jumaat) sehingga 4 Februari 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Semakin sukar dikawal, kerajaan laksanakan semula PKP di 6 negeri bermula Rabu

Ia sekali gus menjadikan seluruh negara berada dalam penguatkuasaan PKP kecuali negeri Sarawak.

Perkara itu diumum menerusi sidang media pada Selasa petang.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Januari lalu mengumumkan PKP ke atas enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Ia turut melibatkan PKP Bersyarat (PKPB) ke atas enam buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Malah, PKP Pemulihan (PKPP) pula dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain