suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique positif Covid-19

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique disahkan positif Covid-19.

MENTERI Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique diuji positif Covid-19 pada Selasa.

Menerusi satu kenyataan, beliau membuat saringan pada Isnin sebelum disahkan positif pada hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Nazri Aziz pula positif Covid-19

"Datuk Halimah akan menjalani rawatan dan tempoh kuarantin sebagaimana yang telah diarahkan.

"Beliau akan dipantau serta mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

"Datuk Halimah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf di atas segala kesulitan dan masalah yang timbul akibat perkembangan ini," ujar kenyataan itu.

Terdahulu pada hari ini, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz turut disahkan positif Covid-19. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain