suria

Covid-19: Menteri Dalam Negeri stabil, kini dirawat di PPUM

(gambar fail) Hamzah disahkan positif Covid-19 pada 12 Januari lalu. foto MOHD SAHAR MISNI/The Star

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang disahkan positif Covid-19 pada 12 Januari lalu, dalam keadaan stabil.

"Datuk Seri Hamzah kini menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

"Tahap kesihatan beliau berada dalam keadaan yang stabil," menurut Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam satu kenyataan, Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hamzah Zainudin pula sah positif Covid-19

Tambah kenyataan itu, sebarang perkembangan berkaitan tahap kesihatan beliau akan dikeluarkan oleh pejabat menteri.

"Pejabat Menteri Dalam Negeri mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menzahirkan keprihatinan terhadap tahap kesihatan Datuk Seri Hamzah," menurut kenyataan itu. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain