suria

Hamzah Zainudin pula sah positif Covid-19

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menjadi menteri terbaharu yang disahkan positif Covid-19.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pejabatnya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

Menurut kenyataan tersebut, Hamzah telah disahkan positif Covid-19 awal pagi Selasa selepas melakukan ujian saringan pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Tok Pa disahkan positif Covid-19

Tambah kenyataan itu, Ahli Parlimen Larut berkenaan akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

"Sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin tersebut, beliau akan terus memantau dan akan memastikan segala urusan kementerian berjalan dengan lancar dari semasa ke semasa, ” kata kenyataan itu

Menerusi kenyataan itu juga, semua kontak rapat beliau bermula 8 Januari sehingga 11 Januari 2021 dimohon tampil ke Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk melakukan ujian saringan Covid-19.

"Beliau memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul atas perkembangan ini dan berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhan beliau," katanya.

Terdahulu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, turut disahkan positif Covid-19. - SINAR HARIAN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain