suria

Selangor rekodkan jangkitan tertinggi... Malaysia catat 1,335 kes, 2 lagi kematian

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. -gambar hiasan

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,335 kes baharu, menjadikan keseluruhan 72,694 kes setakat Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 11,039 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, negeri Selangor pada Ahad melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 515 kes, diikuti oleh Negeri Sembilan (258 kes) dan Sabah (250 kes).

ARTIKEL BERKAITAN: Sabah paling tinggi... 1,123 kes baharu Covid-19 dilapor pada Sabtu, 4 lagi kematian

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 1,335 kes baharu yang dilaporkan, terdapat tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 382 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 1,069 kes telah pulih Covid-19 pada Ahad dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 61,273 kes.

"Sehingga kini, terdapat 126 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 57 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat tiga kluster baharu dikesan pada Ahad.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain