suria

“Bertenang, jangan buat andaian” - Pengerusi Umno Perak

Pengerusi Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad. Foto: Ronnie Chin/The Star

SELEPAS Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terpaksa meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak ekoran gagal mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), pelbagai spekulasi dan andaian timbul berhubung perkembangan proses pembentukan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Umno Perak meminta semua pihak supaya bertenang dan tidak membuat andaian berhubung perkara berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Faizal Azumu letak jawatan sebagai Menteri Besar Perak

Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, pihaknya memandang serius pelbagai spekulasi dan khabar angin berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkan di luar saluran parti berhubung senario politik negeri itu.

"Semua pihak diminta supaya bertenang dan tidak membuat andaian berikutan kenyataan-kenyataan yang dibuat tanpa bersandarkan keputusan rasmi parti," katanya.

Tambah Saarani, sebarang kenyataan rasmi parti berhubung perkembangan proses pembentukan kerajaan negeri hanya akan dikeluarkan melalui pejabat Pengerusi Umno Perak.

Ahmad Faizal terpaksa meletakkan jawatan selepas gagal mendapat sokongan majoriti Adun dalam usul undi percaya yang dibentangkan di sidang DUN Jumaat lalu. - SINAR HARIAN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain