suria

Ahmad Faizal Azumu letak jawatan sebagai Menteri Besar Perak

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Foto: RONNIE CHIN/The Star

DATUK Seri Ahmad Faizal Azumu telah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak.

Pengumuman itu dibuat menerusi sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar pada Sabtu petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Faizal Azumu akui terasa hati, tak mahu PN Perak berpecah

Ujarnya, surat perletakan jawatan itu disampaikan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah semasa hadir di Istana Kinta pada pukul 3 petang Sabtu.

"Saya menyerahkan surat peletakan jawatan saya sebagai MB Perak, dan juga seluruh barisan Exco kepada Seri Paduka.

"Saya sangat berbesar hati kerana dapat berkhidmat dan bagi pihak pentadbiran seluruh negeri saya ingin meminta maaf atas segala kekurangan.

"Saya telah melakukan yang terbaik, dan sebagai manusia biasa saya tidak sempurna," katanya dalam nada penuh emosi.

Pada akhir sidang media, Ahmad Faizal berkata: "Jumpa di Sri Satria nanti.

Ia merujuk kepada kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.

Pada Jumaat, Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat DUN Perak dalam undian percaya pada Jumaat.

Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu hanya mendapat 10 undi sokongan, manakala 48 membantah, dan satu undi rosak, dalam undi belah bahagi yang ditetapkan oleh Speaker Perak Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain