suria

Sabah paling tinggi... 1,123 kes baharu Covid-19 dilapor pada Sabtu, 4 lagi kematian

Negeri Sabah melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 391 kes. Foto: FAIHAN GHANI/The Star.

PENULARAN Covid-19 di negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,123 kes.

Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 71,359 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: PKPB di Selangor, KL, Sabah dilanjutkan sehingga 20 Disember, tamat di Putrajaya, Labuan dan 4 negeri lain

Negeri Sabah melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 391 kes (34.8 peratus) dan diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 265 kes (23.6 peratus).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat empat kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 380 kes kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan empat kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 380 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Sehingga hari ini, 1,143 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 60,204 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 130 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut perincian kes kematian hari ini:

1) Lelaki warganegara, 75 tahun, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

2) Lelaki warganegara, 61 tahun, meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

3) Lelaki warganegara, 64 tahun, jenazah beliau dibawa ke Hospital Tawau.

4) Lelaki bukan warganegara, 46 tahun, meninggal dunia di Hospital Shah Alam.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain