suria

Perhatian perokok! Rokok, vape dan ‘flavour’ dikenakan cukai bermula 2021

Duti eksais ad valorem 10 peratus untuk semua peranti rokok elektronik dan bukan elektronik termasuk vape mulai 1 Januari 2021.

PERHATIAN kepada semua perokok termasuk yang menggunakan rokok elektronik dan vape, kerajaan akan mengenakan duti eksais pada kadar ad valorem 10 peratus kepada semua jenis peranti rokok.

"Duti eksais pada kadar ad valorem 10 peratus kepada semua jenis peranti rokok elektronik dan bukan elektronik termasuk vape berkuatkuasa 1 Januari 2021," kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, petang Jumaat.

Beliau berkata, cecair rokok elektronik juga akan dikenakan duit eksais pada kadar 40 sen per mililiter.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan juga akan membekukan pengeluaran lesen import rokok baharu bermula 1 Januari 2021.

"Memperketatkan pembaharuan lesen import rokok melalui semakan semula syarat lesen termasuk mengenakan kuota import.

"Mengenakan cukai dengan kemudahan pulang balik atau drawback ke atas semua rokok import bagi tujuan transhipment dan eksport semula dan mengehadkan aktiviti transhipment kepada pelabuhan tertentu sahaja dan tidak membenarkan eksport semula rokok menggunakan bot kumpit.

"Mengenakan cukai ke atas rokok dan produk tembakau di semua Pulau Bebas Cukai," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain