suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sunway Lost World of Tambun ditutup 2 minggu, pengunjung disyaki positif Covid-19

Sunway Lost World of Tambun ditutup selama 14 hari selepas seorang pengunjungnya disyaki positif Covid-19.

TAMAN tema dan pusat percutian keluarga Sunway Lost World of Tambun ditutup selama 14 hari bermula Selasa sehingga 26 Oktober ini selepas salah seorang pengunjung pusat itu disyaki positif virus Covid-19.

Jurucakap taman tema tu dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, penutupan dibuat untuk membolehkan kerja-kerja pembersihan dilakukan.

Selain taman tersebut, turut ditutup bagi tempoh berkenaan ialah Sunway Lost World Hotel.

Tambah jurucakap itu, pihak Kementerian Kesihatan ketika ini sedang melakuan pengesanan kontak kepada semua kontak rapat suspek.

“Kami berharap orang ramai untuk kekal bertenang. Kami akan terus komited memberi kerjasama dengan pihak berkuasa kerajaan yang berkenaan dan Kementerian Kesihatan untuk mengatasi masalah ini,” menurut kenyataan itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Lost World of Tambun, Covid-19,

Artikel Lain