Conteng mural pemimpin sangat biadab! Sultan Selangor murka, harap pelaku ditangkap

Sultan Sharafuddin dukacita dengan perbuatan vandalisme terhadap mural pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam.

TINDAKAN menconteng lukisan mural potret gergasi mendukacitakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sultan Selangor menyifatkan perbuatan vandalisme dengan menconteng perkataan kurang menyenangkan pada mural gergasi potret beberapa pemimpin negara di Taman Cahaya Alam Seksyen U12 di Shah Alam, Selangor, sebagai tindakan sangat biadap.

Sultan Sharafuddin dalam satu kenyataan pada Isnin menzahirkan rasa sangat dukacita, kesal dan kecewa dengan perbuatan vandalisme itu kerana baginda sangat menghargai karya seni pelukis tempatan yang dihasilkan di Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! CCTV bongkar perbuatan 2 suspek conteng mural potret pemimpin negara – "Tak sangka perempuan"

Baginda turut berpandangan kejadian itu bukan dilakukan oleh individu kurang siuman atau budak-budak nakal, tetapi lebih kepada bermotifkan politik kebencian.

Sultan Selangor turut mengharapkan supaya pelaku vandalisme itu dapat ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang.



Lukisan mural potret pemimpin yang diconteng oleh individu tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, menerusi ciapan Twitternya menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam insiden vandalisme berkenaan.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyatakan akan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku vandalisme mural gergasi potret beberapa pemimpin negara itu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA Shahrin Ahmad berkata, pihaknya memandang serius perbuatan tersebut dan tindakan akan diambil mengikut Undang-Undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005.

"Tindakan vandalisme seperti ini amat dikesali kerana mural gergasi tersebut diabadikan sebagai menghargai peranan serta sumbangan semua pihak khususnya pemimpin negara yang bekerja keras dan komited dalam menangani wabak COVID-19.

"MBSA telah mengambil langkah segera dengan mengecat semula dinding tersebut dengan cat putih dan pada masa yang sama, satu laporan polis mengenai perkara tersebut dibuat di Balai Polis Seksyen 6 pagi tadi," menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama katanya, MBSA juga menasihatkan mana-mana pihak supaya merujuk terlebih dahulu kepada pihak berkuasa tempatan tersebut sebelum melakukan aktiviti melukis mural di tempat awam di bawah pentadbiran majlis berkenaan.

Kejadian vandalisme ke atas mural gergasi potret pemimpin negara tersebut disedari seorang pekerja restoran di kawasan itu yang kebetulan melalui lokasi mural tersebut kira-kira 8 pagi tadi.

Mural gergasi itu memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diconteng dengan perkataan kurang menyenangkan menggunakan cat merah.

Mural itu adalah hasil karya tiga anak muda iaitu Muhammad Suhaimi Ali, 27, Muhamad Firdaus Nordin, 26, dan Abdul Hadi Ramli, 27 tahun. - Bernama

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia