suria

Covid-19: 21 kes baharu, 15 libatkan penularan dalam negara

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. Foto Bernama

PERKEMBANGAN kes Covid-19 di Malaysia merekodkan 21 kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,800 kes setakat Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 122 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Katanya, daripada 21 kes baharu yang dilaporkan, enam kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, melibatkan empat warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja.

Tambah Dr Noor Hisham, daripada 15 kes penularan tempatan, 13 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara Malaysia.

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 123 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Isnin.

Setakat Isnin, dua kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,555 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Sementara itu, Dr Noor Hisham mengesahkan hanya tiga kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kes, Covid-19, Dr Noor Hisham Abdullah,

Artikel Lain